Skip to content

Rebutlah Peluang Pada 10 Malam Akhir Ramadan

Loading

Sedar tidak sedar, Ramadan bakal meninggalkan kita, bulan yang mempunyai pakej lengkap baik dari segi keampunan, pahala dan ganjaran berlipat kali ganda serta malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar.

Malam Lailatul Qadar merupakan satu malam yang sangat istimewa kepada orang-orang beriman yang sentiasa mencari keredaan Allah.

1. Membawa maksud agung kerana pada malam itu diturunkan sebaik-baik kitab berkaitan Al-Quran.
2. Membawa maksud sempit kerana dunia pada malam itu menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun.
3. Membawa maksud hukum atau keputusan kerana pada malam-malam itu semua masalah yang ditentukan oleh Allah.
4. Membawa maksud kemuliaan kerana siapa yang tidak ada kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.
Bagaimana hendak mengharungi 10 malam terakhir ini dengan sebaik-baiknya?
Mungkin tips ini dapat membantu dan memberi manfaat InsyaAllah.

     1. Memperbanyakkan Doa

  • Apabila seseorang berpuasa, Allah SWT meletakkan beliau di kedudukan yang tinggi dan istimewa.
    Malah doa orang berpuasa adalah mustajab di sisi Nya.
    Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
    “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah) 
    Maka adalah disarankan agar kita mengambil kelebihan dikurniakan Allah ini. Terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan kerana pada tempoh ini dikatakan adalah tempoh paling dekat dengan malam Lailatulqadar.

     2. Menghidupkan 2/3 malam

  • Umum mengetahui pada bulan Ramadhan terdapat satu malam di mana segala amalan akan dilipat gandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan. Malam ini disembunyikan Allah SWT iaitu malam Lailatulqadar.
    Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
    Dengan sekecil-kecil amalan jika dilakukan pada malam Lailatulqadar ia akan menjadi sebesar-besar pahala. Rajinkan beribadah pada 2/3 malam dan jangan terlepas peluang ditawarkan Allah SWT ini terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.

     3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran

  • Ramadan adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan buat pertama kali. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada 10 malam terakhir adalah cara terbaik dalam melipat gandakan pahala kita. Lebih afdal jika kita mampu mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadan ini.

     4. Bersedekah/Memberi Makan Orang Berpuasa

  • “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
  • Hadis diatas menyebut tentang kelebihan memberi makan orang berpuasa. Gandaan pahala diraih jika kita bersedekah maka adalah digalakkan untuk kita memperbanyakkan amalan ini pada 10 hari terakhir ini.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki