Skip to content

Produk-Produk Haraki: Untuk Pembelajaran Asas

Loading

Alhamdulillah, kaedah Haraki telah berjaya membantu ramai orang yang tidak tahu untuk mengaji dan kini mereka sudah boleh mengaji. Ada juga di antara mereka yang sebelum ini menjadi pelajar, kini sudah menjadi tenaga pengajar yang ingin membantu orang lain. Mungkin ada di antara para pembaca yang memang sudah berniat ingin belajar membaca al Quran, namun dek kerana kekangan masa bekerja dari rumah (WFH), ramai yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengikuti jadual waktu kelas yang telah ditetapkan. Ada juga yang berasa malu untuk menyertai kelas kerana bimbang dengan kata-kata orang luar. Jangan risau, anda berada di tempat yang betul! Posting kali ini akan berkongsi mengenai produk-produk keluaran Haraki yang in shaa Allah dapat membantu mereka yang ingin mempelajari dan memperbaiki bacaan Al Quran.

 

  • Buku Kisah Si Buncit

Buku menarik ini dihiasi dengan lukisan dan imej-imej yang lucu dan interaktif yang sudah pastinya akan membuatkan si pembaca tidak sabar-sabar untuk menyelak halaman seterusnya. Dilengkapi dengan huruf-huruf Hijaiyyah yang diterangkan melalui Kaedah Haraki, para pembaca akan berasa seronok dan dalam masa yang sama merasa mudah untuk mengingati dan mengenal huruf-huruf tersebut serta sebutan/makhrajnya. Buku ini tidak mengenal usia; tua atau muda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membacanya. Dilengkapi dengan warna yang terang dan menarik, anda tidak akan rugi jika membeli buku ini dengan hanya RM23 sahaja.  

  • DVD Asas Tajwid

Bagi anda yang lebih mudah memahami sesuatu jika diterangkan oleh guru, DVD Asas Tajwid ini adalah untuk anda. Pengisian yang sama seperti Buku Kisah Si Buncit, cuma yang berbeza adalah anda berpeluang untuk menyaksikan sendiri Ustaz Zakaria mengajar anda mengenal huruf-huruf Hijaiyyah serta beberapa tarian tajwid. Anda juga boleh mengikuti pergerakan Ustaz ketika anda sedang menonton DVD tersebut. Bukan itu sahaja, anak-anak serta ahli keluarga yang lain juga dapat ikuti bersama sekiranya anda pasang pada TV di rumah anda. DVD ini boleh didapatkan pada harga RM100.

  • Kad Pitah

Mesti ramai yang tertanya-tanya, Kad Pitah tu apa ya? Tak pernah dengar pun perkataan Pitah tu? Pitah tu nama pendeknya. Nama panjangnya adalah Kad Pintar Tajwid Haraki. Kad ini dilengkapi dengan hukum-hukum tajwid yang diterangkan sendiri oleh Ustaz Zakaria. Aik, macam mana Ustaz boleh terangkan pada sekeping kad? Macam mana nak tengok video penerangan Ustaz tu?

Haa, caranya mudah sahaja. Pada kad tersebut terdapat QR Code yang boleh diimbas oleh telefon bimbit/pintar anda. Setelah diimbas (scan) anda akan mendapat akses untuk menonton video-video Ustaz yang menerangkan tarian tajwid yang ada dalam Kaedah Haraki ni. Mudah kan? Anda hanya perlu scan, tonton, dan belajar. Semudah ABC. Tapi, sebelum nak scan kena la beli dulu..

Anda boleh dapatkan Kad Pitah pada harga RM25 sahaja. Boleh digunakan seumur hidup, untuk seisi keluarga. Berbaloi kan! Untuk pengetahuan anda, Kad Pitah dapat membantu anda membaca Al Quran dengan segera kerana warna hukum tajwid yang terdapat pada Kad Pitah selari dengan warna yang terdapat pada tajwid di dalam Al Quran keluaran Haraki.

  • Al Quran

Al Quran ini sangat disyorkan kepada beginner ataupun mereka yang baru belajar membaca Al Quran. Ini kerana Al Quran ini bersaiz A4. Ya, A4. Sama besar dengan surat PIBG anak-anak kita. Tujuan Al Quran ini dikeluarkan dengan saiz sebesar ini adalah untuk memudahkan para pembaca melihat dengan jelas huruf-huruf yang bersambung. Al Quran ini juga lengkap berwarna mengikut hukum-hukum tajwid dengan tujuan ingin membantu anda membaca Al Quran dengan cara yang tepat dan betul. Doa khatam Al Quran serta Asma Ul Husna juga turut disertakan. Mari dapatkan Al Quran bersaiz A4 ini pada harga RM60.

Kesimpulan

Bagi anda yang mempunyai masalah untuk membaca Al Quran dengan lancar ataupun mengalami masalah dalam mengenal hukum-hukum tajwid, produk-produk Haraki yang telah dikongsikan di atas akan dapat membantu anda, in shaa Allah. Anda bukan sahaja boleh gunakan produk-produk ini untuk diri anda sendiri, malah boleh berkongsi dengan ahli keluarga yang lain. Tidak perlu bersiap-siap untuk keluar rumah berjumpa dengan ustaz. Buat pembelian, lakukan pembayaran dan tunggu saja di rumah. Sampai lah nanti ilmu-ilmu ini di depan pintu anda. Pembelian yang anda lakukan hanyalah sekali seumur hidup, namun ilmu yang anda bakal perolehi mampu membantu anda di akhirat kelak. Apalah salahnya kita mengeluarkan sedikit wang untuk kebahagiaan kita di sana nanti. Amalan yang kita lakukan pada hari ini adalah bekalan kita. Semoga niat anda untuk menuntut ilmu ini dipermudahkan oleh Allah SWT, dan semoga ianya menjadi asbab untuk ke syurga. Amin.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki