Skip to content

Pelangi Selepas Hujan

Loading

Hidup ini pernuh dengan warna-warni. Bersedialah menghadapi segala kemungkinan kerana hidup tidak selalunya indah. Seringkali hati kecil kita mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Namun,

Langit tak selalunya biru. Matahari tanpa hadirnya hujan.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa diri dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Allah swt, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir, lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Allah swt.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Jawabnya senang…

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.

Bukan itu sahaja, Imam Ali bin Abu Talib juga pernah berkata, ” Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu setelah banyak kesabaran (yang kau jalani), yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit. “

“Berzikirlah selalu kerana ini salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah swt. Disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut”

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki