Haji Zakaria bin Din @ Nasirudin berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau asalnya adalah seorang pelajar yang ‘slow learner’ dalam pembelajaran, pelbagai usaha yang dilakukan oleh ibu beliau sehingga ibu beliau berdoa dan bertawakal. Dalam pembelajaran beliau lambat nak memahami dan sehingga darjah 3 beliau tidak mengenali nama sendiri dan akhirnya bapa beliau mengambil keputusan untuk menghantar ke tahfiz. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Tanjung Karang, Selangor. Seterusnya mendapat pendidikan di peringkat menengah di SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan SMK Agama Seremban. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di UKM Bangi dalam bidang Pendidikan Islam.
Latar Belakang Pendidikan
Beliau mendapat latihan perguruan (iktisas) di Maktab Perguruan Islam Bangi. Setelah itu beliau berkhidmat sebagai guru di SM Agama Persekutuan Kajang (1990-1996), SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak (1996-1999) dan SMK Agama Kerian, Semanggol, Perak (1999-2005). Pada bulan Oktober 2005 beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Instititut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak.
Kajian dan Kemenangan Pengasas
Beliau banyak membuat penyelidikan terhadap kaedah-kaedah pengajaran al-Quran. Akhirnya pada 2013 beliau berjaya mencipta kaedah baharu yang dikenali sebagai Kaedah Haraki. Kaedah ini telah berjaya memenangi beberapa Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Peringkat IPGM, Negeri dan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2015 beliau terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2015 dan telah memenangi Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015). Kini beliau telah memilih bersara awal sebagai pensyarah dan sekarang menjadi Pengarah Urusan Usrah Haraki Sdn. Bhd
Kejayaan yang diraih ini adalah hasil kegigihan beliau menyelidik dan mengkaji kaedah-kaedah sedia ada dan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru-guru al-Quran di sekolah, pondok, masjid dan sebagainya.
Sekarang beliau aktif berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau untuk membantu lebih ramai umat Islam celik al-Quran di kalangan umat Islam di dunia ini dengan menggunakan kaedah yang mudah, cepat dan menarik ini.
No comment yet, add your voice below!