Pada 28 Julai 2020 Berita Harian telah melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta. Namun hingga kini beliau masih lagi bebas.
Jika kita tengok penyataan di atas menunjukkan bahawa mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dimasukkan penjara namun kita melihat beliau aktif di media sosial terutamanya Facebook. Mengapa jadi begitu? Hal ini kerana beliau masih lagi berpeluang untuk membela diri di mahkamah rayuan melalui peguam belanya.
Ok ini situasi di dunia, tapi tahukah anda situasi di akhirat juga hampir sama dengan situasi di atas. Seseorang hamba Allah hampir-hampir dimasukkan ke dalam neraka tetapi terselamat hasil bantuan “peguamnya”. Siapa peguamnya? Peguamnya adalah amal baik yang dilakukan oleh si fulan semasa hidup di dunia dahulu.
“Peguam bela” ini akan datang dalam bentuk lelaki ataupun burung dan juga berbagai bentuk. Jadi amalan apa yang menyebabkan kita memperoleh “peguam” sedemikian? Jawapannya adalah menjadi ahlul quran. Berdasarkan mafhum hadith :
“Al-Quran datang pada hari kiamat kelas seperti seorang lelaki yang kekuningan tubuhnya lalu dia berkata : Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu.”
(Riwayat At-Tabrani)
Seterusnya mafhum hadith berikut:
“Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya.”
(Riwayat Muslim)
Jadi jelaslah di sini bahawa bahawa menjadi ahlul quran kita layak untuk mendapat peguam bela atau syafaat daripada Al-Quran. Maksud ahlul quran ialah orang yang berdamping dengan Al-Quran. Namun menjadi persoalan, bagaimana kita nak menjadi pendamping Al-Quran jika kita tidak boleh dan menguasai bacaan Al-quran? Ataupun kita tidak mengambil berat akan Pendidikan al-Quran?
Jangan risau para pembaca sekalian, kita masih belum terlambat lagi untuk berubah. Di sini penulis ingin mencadangkan para pembaca sekalian untuk mengikuti kelas al-Quran Kaedah Haraki. Kaedah yang mudah, cepat dan santai. Hanya beberapa bulan sahaja kita boleh membaca al-Quran secara bertajwid.
Kaedah haraki menggunakan konsep total physical response (TPR). Nak tahu apa itu TPR? Jom kita sertai program Fast Track Quran. Hanya perlu tekan link di bawah: