Nisfu Sya’aban bermaksud separuh daripada bulan Sya’ban. Malam Nisfu Sya’ban jatuh pada hari Khamis (17 Mac 2022) bermula selepas Maghrib. Malam ini dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah swt untuk seluruh makhluknya. Pada malam Nisfu Sya’ban ini, Allah SWT akan mendengar setiap doa umatnya tanpa hijab dan malaikat juga akan turun ke langit dunia bagi mencari sesiapa jua yang banyak dosa, melihat siapa yang memohon rezeki dan juga mendengar rintihan umat yang sedang ditimpa musibah.
Apa Yang Disarankan Untuk Dibuat Pada Malam Nifsu Sya’ban?
- Membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali.
- Surah Yassin yang pertama dibaca untuk memohon panjang umur, ketaatan, ketaqwaan serta mendapat istiqomah kepada Allah SWT.
- Surat Yassin yang kedua dibaca untuk memohon diluaskan rezeki yang halal dan menolak bala.
- Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sehingga ke akhir hayat.
- Berdoa secara khusyuk untuk meminta apa sahaja tersirat di dalam hati kerana malam Nifsu Sya’ban adalah malam yang sangat ijabah untuk dikabulkan kesemua doa-doa serta hajat diinginkan.
Banyak kelebihan pada malam Nisfu Sya’ban, antaranya pada malam ini terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya’ban, namun kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti:
- Solat Sunat Tasbih.
- Membaca Al-Quran.
- Berdoa
- Berzikir
- Selawat