Puan Siti Aminah dari Banting, Selangor mula mengenali Kaedah Haraki daripada Facebook. Beliau berhenti belajar mengaji ketika umur 12 tahun dan tidak pernah khatam al-Quran. Pada beliau belajar tajwid pada usia itu susah kerana terlalu banyak hukum tajwid untuk diingat. Beliau tahu pelbagai jenis tajwid tetapi apabila baca al-Quran bertajwid beliau tidak yakin untuk membaca. Puan Aminah juga mempunyai masalah malu apabila sudah berumur baru nak belajar mengaji dan tiada masa untuk memberi komitmen sepenuhnya untuk belajar disebabkan bekerja.
Namun, sejak belajar mengaji Kelas Online Kaedah Haraki beliau berasa berpuas hati kerana sudah boleh baca al-Quran dalam masa beberapa bulan sahaja. Puan Aminah juga berasa mudah untuk menyebut dan ingat secara ringkas huruf hijaiyah seperti huruf sod (ص) dan huruf zod ( ظ) melalui pendekatan Kaedah Haraki kerana wujudnya contoh mudah dan cara sebutan yang betul serta tidak stress untuk tahu cara sebutan huruf berbanding cara lama mengenali melalui tekak atau lidah.
Apabila terlambat atau terlepas kelas, Puan Aminah berkata beliau masih lagi boleh mengikuti kelas kerana tenaga pengajar yang bagus dan baik. Pada mulanya, Puan Aminah berasa pelik dengan kaedah ini apabila didedahkan dengan cara tarian namun setelah mengikuti kelas ini beliau berasa teruja dan ingin perkenalkan kaedah ini pada anak beliau. Puan Aminah juga berkata kaedah ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana mereka akan lebih mudah mengenal huruf dan cepat baca al-Quran.
Seterusnya, pada mulanya Puan Aminah beranggapan mengikuti kelas mengaji ini stress namun anggapan tersebut salah kerana kelas tersebut santai dan tidak stress. Beliau juga beranggapan kawan-kawan sekelas dengan beliau daripada negeri yang sama iaitu selangor tetapi rupanya daripada pelbagai negeri. Belajar secara online di platform zoom ini secara langsung dapat mengenali rakan-rakan dari berlainan negeri dan mudah untuk belajar dimana-mana sahaja selagi mana mempunyai akses internet.
No comment yet, add your voice below!