Al-Quran ini mampu membentuk jati diri untuk umat Islam, menjadikan kita lebih terdidik dengan akhlak dan budi pekerti tinggi, rajin berusaha dan berilmu tinggi. Jika kita faham isi kandungan terhadap al-Quran merupakan suatu anugerah daripada Allah swt dan ia dianugerahkan kepada mereka yang sungguh-sungguh mempelajari isi kandungan al-Quran.
Jika kita sentiasa berdamping dengan al-Quran untuk menyedarkan atau menghidupkan hati yang sepatutnya membuahkan hasil sebagai tanda bersyukur seperti menangis, takut, iman semakin bertambah, mengharap dan lain-lain yang mana itu tanda hidayah yang diberikan oleh Allah SWT. Membaca al-Quran suatu ibadah yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Namun sekadar bacaan tanpa memahami isi dan penghayatan makna ia belum mencapai matlamat dan tujuan utama al-Quran diturunkan.
“Kalau al-Quran kita juga berdebu, lalu apa khabar dengan hatimu”
Ramai dikalangan kita yang boleh membaca al-Quran dengan baik, betul dan bertajwid malah ada yang boleh bertaranum. Namun imam, hafiz yang hafal al-Quran atau guru-guru al-Quran perlu fikirkan hal orang lain juga yang membawa maksud orang yang terdiri daripada rakan, majikan, pekerja atau ahli keluarga. Dalam hal ini apa yang berlaku sekarang ini ialah kebanyakan orang hanya mementingkan diri sendiri.
Kenapa ramai orang yang tidak boleh membaca al-Quran kalau sekiranya kita bergabung untuk bantu orang yang kita kenal tidak boleh mengaji rasa masalah di Malaysia ini yang tidak boleh mengaji selesai semuanya. Ramai dikalangan mereka ini tidak belajar cara mengajar yang mana mereka hanya belajar cara membaca sahaja. Mereka ini bukan tidak mahu mengajar atau tidak mahu kongsi masalahnya mereka ini tidak tahu bagaimana cara untuk mengajar.
Untuk mengajar ini susah sebenarnya dan untuk diri sendiri senang yang mana bila kita belajar dengan seorang ustaz itu kita mudah faham. Tapi bila kita faham kita ajar orang lain melalui ilmu yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah itu susah sebenarnya. Mungkin kita duduk diam sahaja masa sesi belajar tetapi bila kita ajar orang lain menggunakan cara yang sama kita lihat mereka akan beransur balik dari kelas.
Mengajar al-Quran ini merupakan sunnah Rasulullah SAW maka digalakkan pihak pengurusan masjid melaksanakan aktiviti ini dengan menganjurkan aktiviti kelas mengaji al-Quran, kumpulan tadarus dan tadabbur al-Quran. Masjid mesti meriah dengan aktiviti ini supaya dapat mengikut sunnah Rasulullah SAW sepanjang hayat.
No comment yet, add your voice below!