Skip to content

Jom Ketahui Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

Loading

Untuk pengetahuan anda, Surah Al-Mulk merupakan salah satu surah yang boleh melepaskan kita dari seksa azab kubur namun ramai tidak tahu tentang kelebihan surah ini dan tidak berusaha untuk membaca ataupun menghafal surah ini.

Pengenalan Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran dan dikenali juga dengan nama lain iaitu ‘At Tabaarak’ yang bermaksud Maha Suci. Surah ini adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur sekiranya diamalkan.

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

  1. Tidak Merasa Azab Kubur

Kelebihan yang pertama membaca surah Al-Mulk adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

      2. Dimasukkan ke dalam Syurga

Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Al-quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

     3. Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Kita diajar untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya dijadikan rutin membaca surah ini sebelum tidur, secara langsung sudah mengikuti sunnah baginda.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al-Mulk”

     4. Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Malaikat Munkar Dan Nakir

Jika selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi pengganti apabila disoal jawab dengan Munkar dan Nakir.

Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir.

       5. Wajah Akan Cerah Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat

Jika selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian, maka Allah S.W.T akan mencerahkan wajah seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat.

Ini boleh lihat di mana Saiyidina ‘Ali berkata:

“Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

      6. Mengampunkan Dosa Pembaca

Selain mendapat pahala apabila membaca surah ini, Allah S.W.T juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan surah ini dengan membaca dari awal sehingga akhir surah.

“Sebahagian daripada Al-quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “Al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)

Surah Al-Mulk sangat bagus untuk menjadi amalan setiap umat Islam dan perlu dibaca setiap hari dengan penuh istiqamah.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki