Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi dan membaca Al-Quran merupakan satu ibadah walaupun membaca satu ayat sahaja sehari. Namun kebaikan membaca Al-Quran ini boleh dilipatgandakan pahala jika kita membacanya dengan khusyuk dan ikhlas sepenuh hati.
Selain itu, lebih afdal sekiranya kita mengambil wuduk sebelum membaca Al-Quran dan diringi dengan doa sebelum membaca ayat suci Al-Quran ini supaya dilapangkan dada untuk menerima ilmu Allah S.W.T serta diberikan petunjuk dan hidayah.
Pembacaan Al-Quran walaupun sebaris ayat dengan hanya satu huruf, namun ganjarannya seperti mendapat sepuluh kebaikan.
Berikut merupakan doa sebelum membaca Al-Quran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian sewaktu ingin membacanya. Semoga kita dapat mengamalkannya setiap kali mengaji Al-Quran.