Alhamdulillah, ramai jugak yang “invest” kat Cryptocurrency. Cryptocurrency sama juga seperti Bitcoin dimana matawang kripto ialah satu bentuk wang digital yang wujud hanya di alam internet. Setiap hari, kita mesti fikir macam mana nak melabur untuk tambah kewangan terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Menerusi pelaburan ini, kita berpeluang menerima keuntungan menerusi dividen dan keuntungan inilah yang akan menambah kepada wang yang kita laburkan.
Bagaimanapun sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, pelabur perlu melihat kepada risiko yang perlu ditanggung, justeru sekiranya matlamat pelaburan ialah menjana pendapatan pasif berterusan, seseorang itu perlulah melabur dalam produk pelaburan berisiko rendah.
Setelah mendapat kekayaan di dunia, Alhamdulillah, jom sama-sama kita “TOPUP” dan “invest” untuk saham akhirat.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Sekiranya anda terfikir untuk mencari SAHAM AKHIRAT, pihak Haraki & Usrah Prihatin sedia membantu anda.
Kami sedang mengadakan Program Wakaf Quran dan buka peluang kepada anda semua untuk berwakaf atas nama orang tersayang yang telah pergi, masih hidup atau buat diri sendiri.
Orang yang berwakaf akan sentiasa mendapat doa dan penghargaan daripada golongan yang mendapat manfaat. Amalan wakaf adalah satu bentuk pelaburan yang dilakukan sekali sahaja namun mendapat keuntungan pahala berterusan di dunia hingga ke akhirat. Oleh itu, rebutlah peluang pelaburan yang bernilai ini dan jangan sekali-kali meninggalkan amalan berwakaf.
Anda sebagai pewaqaf yang menyertai kempen waqaf ini akan menerima
📌Akses pengajian Kelas al-Quran selama 1 BULAN.
📌E-sijil Wakaf