Ramai orang mengatakan belajar al-Quran ini senang, tetapi secara hakikatnya ramai orang yang berasa berat untuk boleh baca al-Quran secara bertajwid. Perasaan mereka yang rasa berat iaitu susah untuk kenal huruf hijayyah dan banyak yang keliru titik huruf serta panjang pendek untuk setiap huruf hijayyah.
Bagi orang yang ada tajwid pula mereka ada masalah mengenai hukum-hukum tajwid sebab setiap hukum hampir sama. Jika kita teliti setiap hukum tajwid mesti kita rasa berat untuk faham dan baca al-Quran secara bertajwid. Perkara ini semua berat disebabkan kita sendiri yang beratkan hal ini.
Benda itu sebenarnya ringan sahaja tetapi kita yang beratkannya contoh seperti kapas itu ringan dan kita balutkan dengan besi maka kapas itu mesti akan berat. Allah SWT turunkan al-Quran ini bukan untuk susahkan tetapi untuk menyenangkan kita. Al-Quran ini untuk panduan dan pendoman kita tetapi kita ini hendak baca al-Quran serta mahu faham isi kandungan al-Quran juga tidak boleh ini yang menyebabkan jadi berat kepada kita.
Andai kata kita ini ada cucu, biasa mereka berada di sekolah rendah akan ditekankan 3M iaitu asas dalam pembelajaran. 3M ini adalah membaca, menulis dan mengira sebab setiap subjek mata pelajaran perlu tahu salah satu 3M itu. Jika pelajar itu tidak boleh kuasai 3M, maka perlu masuk kelas pemulihan yang mana khas untuk pelajar yang keciciran.
3M ini mesti dikuasai dengan baik di peringkat awal, bagi mereka yang tidak boleh kuasai kita sebagai ibu bapa perlu cari jalan seperti hantar anak ke kelas tambahan. Sama juga seperti kita yang tidak kenal huurf hijayyah kita juga perlukan 3M.
Masyarakat yang tidak boleh baca al-Quran lagi ramai dari yang mahir membaca al-Quran, jika kita seorang yang mengajar kita perlu cari orang yang zero al-Quran. Cikgu yang bagus akan mencari pelajar yang mempunyai 3M. Kita kena fikir orang lain jangan selalu pentingkan diri.
Al-Quran ini tidak susah bagi mereka yang mahu belajar melainkan kalau guru mengajar pelajar dengan cara yang susah dan menakutkan menyebabkan pelajar itu lari.
Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…”
No comment yet, add your voice below!