Skip to content

Berapa Kali Seeloknya Baca Al-quran Sehari?

Loading

Amalan membaca Al-quran mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-quran), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).

Jadi berapa kali kita kena baca Al-quran dalam sehari?

Dari Ustaz Dusuki Abdul Rani:

Untuk memperolehi pahala yang berlipat ganda, kita perlu baca Al-quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari. “Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup”.

“Rasulullah S.A.W menceritakan dalam hadis baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-quran dibaca setiap hari sebelum subuh. Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-quran sebelum subuh.”

“Al-quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita. Oleh itu, hiduplah dengan Al-quran setiap hari dan jangan biarkan Al-quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Barang siapa membaca satu huruf dari Kitabullah maka dia mendapatkan satu pahala, dan satu pahala itu dilipatgandakan menjadi sepuluh pahala. Aku tidak mengatakan alif lam mim sebagai satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf’”.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi tersebut jelas menunjukkan bahawa pahala dilipatgandakan menjadi sepuluh pahala itu khusus untuk orang yang membaca Al-quran. Apabila seseorang itu lebih kerap membaca Al-quran dalam sehari maka pahalanya semakin bertambah. InshaaAllah.. 

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki