Bengkel Pengajaran Kaedah Haraki kepada Guru Pendidikan Islam Daerah Manjung

Aug 22, 2022 | Al-Quran, bengkel, Haraki, Info, Islam, Program

MANJUNG, 10 ogos: Seramai 62 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Manjung beserta 6 pelajar tahun 6 sebagai pelajar sampel menyertai Bengkel Pengajaran Asas Al-Quran Haraki bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung.

Bengkel yang berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 6 petang ini diadakan di Dewan SK Muhamad Saman, Manjung, Perak.










Penceramah, Ustaz Zakaria selaku Pengasas Kaedah Haraki telah menggunakan pendekatan Haraki iaitu kaedah pengajaran yang melibat Total Physical Response (TPR), pembelajaran secara ‘active learning’ ini melibatkan pergerakan untuk mengenal huruf hijaiyah dan seterusnya dapat membuatkan pelajar mudah ingat dan belajar dalam keadaan yang seronok.

Salah satu pergerakan untuk mengenal asas dalam al-Quran

Di akhir program, ramai yang memberikan maklum balas yang positif terhadap ilmu baru yang mereka dapat tentang Kaedah Haraki. Pihak Haraki berharap dengan adanya bengkel ini dapat guru-guru pendidikan Islam dapat mempraktikkan kepada murid-murid yang masih lemah dalam belajar mengaji al-Quran.

Jom dengarkan apa kata Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Manjung yang ikuti bengkel bersama Haraki

https://www.youtube.com/watch?v=L4aSJUGg1hIhttps://www.youtube.com/watch?v=ZI_zQ7yZdW4https://www.youtube.com/watch?v=MWaf4aKRt0E

Suka & ingin belajar secara PERCUMA bersama Kaedah Haraki, klik butang ini

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama