Skip to content

Bahagian 2: Awas! Ini Adalah Kesalahan Biasa Ketika Membaca Al Fatihah

Loading

Alhamdulillah kita sudah mengenalpasti 10 kesalahan yang biasa dilakukan ketika membaca Surah Al Fatihah, Ayat 1 dan 2. Kali ini kita akan mengenal pasti kesalahan yang biasa dilakukan dalam Ayat 3, 4 dan 5 pula.

Kesalahan Bacaan dalam Ayat 3

11. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﺭ tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “aRahman…”

Bacaan yang betul: “aRRahman…”

12. Kesalahan yang biasa dilakukan: Kalimah ﻡ dan ن disabdukan lalu sebutan berbunyi “…rahmaNNirrahim”

Bacaan yang betul: “…rahmaNirrahim”

Kesalahan lain yang biasa dilakukan: Huruf ﻡ tidak dibaca panjang 2 harakat (hukum Mad Asli) lalu sebutan berbunyi “…rahmAnirrahim”

Bacaan yang betul: “…rahmAAnirrahim”

13. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﺭ tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “aRahim”

Bacaan yang betul: “aRRahim”

14. Kesalahan yang biasa dilakukan: Apabila waqaf huruf ﻱ tidak dipanjangkan.

Bacaan yang betul: Dibaca panjang 2/4/6 harakat kerana ianya merupakan hukum Mad ‘Aridh Lissukun (yakni huruf mad yang diwaqafkan)

Kesalahan Bacaan dalam Ayat 4

15. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﻡ tidak dibaca panjang 2 harakat (hukum Mad Asli) lalu sebutan berbunyi “mAliki..”

Bacaan yang betul: “mAAliki…”

16. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf د tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “…miDin”

Bacaan yang betul: “…miDDin”

17. Kesalahan yang biasa dilakukan: Apabila waqaf huruf ﻱ tidak dipanjangkan.

Bacaan yang betul: Dibaca panjang 2/4/6 harakat kerana ianya merupakan hukum Mad ‘Aridh Lissukun (yakni huruf mad yang diwaqafkan)

Kesalahan dalam Ayat 5

18. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﻱ tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “iYaka…”

Bacaan yang betul: “iYYaka…”

19. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ع tidak disebut dengan betul makhrajnya lalu sebutan berbunyi “…naKbudu…”

Bacaan yang betul: “…na’budu…”

20. Kesalahan yang biasa dilakukan: Apabila waqaf huruf ﻱ tidak dipanjangkan.

Bacaan yang betul: Dibaca panjang 2/4/6 harakat kerana ianya merupakan hukum Mad ‘Aridh Lissukun (yakni huruf mad yang diwaqafkan)

Kesimpulan

Alhamdulillah kali ini kita berjaya untuk mengenalpasti 10 lagi kesalahan bacaan yang biasa dilakukan ketika membaca Surah Al Fatihah Ayat 3, 4 dan 5. Mari kita perbetulkan tajwid dan makhraj dengan Kaedah Haraki. In shaa Allah menjadi. Tekan link di bawah “Nak Belajar Mengaji” untuk dibantu.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki