Skip to content

Salah Bacaan Mengakibatkan Solat Tidak Sah

Loading

Rukun Qauli berasal daripada perkataan ‘qaul’ bermaksud kata-kata. Ia adalah rukun berasaskan sebutan dan bacaan yang memerlukan seseorang melafazkan bacaan sekadar didengari telinga sendiri ketika takbiratulihram, membaca Surah al-Fatihah, membaca tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir dan melafazkan salam.

Sekiranya lima rukun qauli tidak dipenuhi, maka tidak sah solat seseorang itu. Syarat sah rukun qauli pula menyenaraikan kewajipan menyebut bacaan makhrajnya tepat, meneliti tasydid (baris sabdu) dan menjaga bacaan supaya tidak terputus di pertengahan ayat atau kalimat.

Rukun-rukun qauliah (rukun-rukun yang berupa bacaan) seperti takbiratulihram, Surah Al-Fatihah, tasyahhud akhir dan seumpamanya hendaklah dijaga dari segi huruf dan sebutan hurufnya dengan betul dan sempurna. Ini kerana bacaan yang tidak betul itu boleh merosakkan solat yang dilakukan.

Sebagai contoh pada bacaan Surah Al-Fatihah, jika huruf sin pada kalimah (nasta’in) dibaca dengan huruf tsa atau bacaan yang mengubah makna seperti baris atas pada kalimah (na an’amta) dibaca dengan baris bawah menjadi (na an’amta), maka batal solat jika seseorang itu sengaja berbuat demikian sedang dia tahu perbuatan itu salah.

Adapun jika dia tidak sengaja berbuat demikian, maka hendaklah dia memperbetulkan bacaan yang salah itu sebelum lagi dia rukuk tanpa mengulangi dari awal bacaan Surah Al-Fatihah. Itu pun jika waktu dia melakukan kesalahan itu belum lama berlalu. Jika waktu melakukan kesalahan itu sudah lama berlalu, maka hendaklah dibaca dari awal Surah Al-Fatihah tersebut.

Jika sengaja rukuk sedangkan dia tahu hukum yang dia wajib memperbetulkan bacaan Surah Al-Fatihah itu sebelum rukuk, maka terbatallah solatnya. Adapun jika dia tidak sengaja rukuk misalnya kerana lupa ataupun tidak tahu hukumnya, maka rakaatnya itu tadi tidak dikira.

Sebagai umat islam laksanakanlah ibadah solat itu dengan bersungguh-sungguh dengan menyempurnakan segala rukun dan syaratnya sebagaimana yang dituntut. Solat yang dilakukan sambil lewa dengan tidak melakukan rukun dan syaratnya yang terkandung di dalamnya dengan sempurna akan mengakibatkan solat seseorang itu tidak sah.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki