Skip to content

Dua Tanda Penyakit Hati

Loading

Penyakit hati dalam Islam ialah penyakit atau gangguan yang wujud dalam hati dan perasaan manusia. Penyakit ini bukanlah penyakit yang berkaitan dengan kesihatan, tetapi penyakit yang wujud dalam hati seseorang yang boleh menjejaskan tingkah laku dan perbuatannya.

Ada dua penyakit hati

  1. Penyakit syahwat

Merujuk kepada mengikuti hawa nafsu. Syahwat kepada harta, kecintaan kepada dunia yang berlebihan, syahwat kepada wanita, syahwat kepada pangkat, syahwat mencari pujian dan sanjungan.

     2. Penyakit Syubhah

 Kesamaran dalam beragama sehingga mereka menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Mereka berbuat dosa tetapi merasa itu kebenaran. Berapa ramai yang menyembah berhala atau tuhan-tuhan selain Allah S.W.T tetapi mereka merasakan itu kebenaran dan ada di kalangan umat islam yang juga terjebak dengan penyakit syubhah ini, mereka benar-benar meyakininya apa yang mereka lakukan itu benar dan mengharapkan Allah S.W.T memasukkan mereka ke dalam syurga, sedangkan amalan yang dilakukannya tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Penyakit ini disebabkan oleh kurangnya ilmu agama, kurangnya keyakinan di dalam hati dan kurangnya keinginan untuk meraih apa yang Allah S.W.T cintai dan redhai.

Bagaimana cara membersihkan hati

1. Mentauhidkan Allah S.W.T.

Dakwah Nabi S.A.W di Kota Makkah selama 13 tahun itu, Baginda fokus akan perkara ini. Tentang tauhid. Beliau berdakwah di seluruh Kota Mekah agar manusia mengatakan ‘Kalimah tauhid Lailahaillallah  ( لا اله الا الله ) yang membawa maksud ‘Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah’.

2. Perbanyakkan istighfar – taubat.

Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa samaada dosa kecil atau dosa besar, mungkin ada yang melakukan dosa-dosa syirik kepada Allah S.W.T.  Dosa-dosa ini menyebabkan bintik-bintik hitam di hati kita. Syarat taubat itu ialah menyesal, meninggalkan dan bertekad tidak mengulanginya.

“Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, “Jika seorang mukmin berbuat satu dosa, maka diberikan satu titik hitam dalam hatinya. Jika ia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut, dan memohon keampunan, maka hatinya kembali bercahaya. Namun apabila ia bertambah melakukan dosa, titik hitam itu juga bertambah, hingga akhirnya menutup hatinya. Inilah yang disebutkan Allah S.W.T sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka.”- (Hadis Riwayat Ibnu Majah; hasan)

3. Baca al-Quran.

Setiap hari, usaha untuk baca al-Quran walaupun sekadar satu ayat dan baca terjemahan ayat tersebut. Menjaga hati dan menambahkan Iman itu maksudnya kita menghubungkan hati kita setiap hari dengan al-Quran.

4. Perbanyakkan zikir dan berdoa.

Tidak kira di mana pun kita berada, sama ada di rumah, di tempat kerja, di pasar dan sebagainya tetapi hati kita tetap mengingat Allah S.W.T. Banyakkan baca tahlil, tahmid, takbir, tasbih dan sebagainya. Sekurang-kurangnya zikir harian, pagi dan malam. Banyakkan selawat.

5. Menuntut ilmu:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.” –(Hadis Riwayat  Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Sentiasa amalkan doa ini setiap pagi agar Allah S.W.T akan sentiasa membukakan hati kita untuk mempelajari dan mendapat ilmu kefahaman dalam beragama melalui pelbagai sumber ilmu sama ada online, bersemuka, buku-buku ilmiah dan sebagainya.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki