Skip to content

Kelebihan Ibadah Korban

Loading

Ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Kauthar ayat 2 mengatakan “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda kesyukuran)”.

Pengenalan

“Korban” bermaksud nama bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada hari raya Aidiladha. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu.

Dan ini mengingatkan kita juga untuk mempersiapkan diri melakukan satu ibadah yang hanya boleh lakukan cuma sekali dalam setahun iaitu korban.

Apa sebenarnya kelebihan berkorban?

1. Dosa akan terampun umpama setiap titis darah yang keluar daripada binatang korban tersebut.

Dalam hadis nabi yang diriwayatkan daripada Al-Thabrani. “Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang telah kamu lakukan.”

Bayangkan betapa banyaknya darah yang mengalir. Seperti itulah dosa kita akan diampunkan.

2. Sebagai saksi bukti ketaatan kita kepada perintah Allah SWT

Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya serta kukunya. “Sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.” (Riwayat al-Tirmizi). Betapa Allah SWT muliakan orang yang berkorban sehinggakan dihadirkan binatang tersebut pada hari Kiamat.

3. Mendapat kebaikan bagi setiap helai bulu binatang yang dikorbankan

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Cuba bayangkan sekiranya korbankan sekecil-kecil binatang seperti kambing sahaja pun, berapa banyak kebaikan yang kita akan dapat. Tak terkira bulu kambing yang gugur itu.

Kesimpulan

Namun di sebalik kelebihan, ada juga amaran buat mereka yang mampu mengerjakan korban tapi tidak melakukannya. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ingatlah, setiap rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita supaya kita berbuat ibadah kepadaNya. Jadi sekiranya kita mempunyai rezeki lebih, jalankan korban selagi mana masih bernyawa. Ambil 1 bahagian daripada seekor lembu atau kerbau sudah memadai.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki