Skip to content

Program Orang Asli Nak Ngaji

Loading

4 April 2023: Alhamdulillah, Pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Zakaria Nasirudin dan Team Haraki berkesempatan menjalankan  program  ‘Orang Asli Nak Ngaji’ pada bulan Ramadan tahun ini di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli di Kampung Kenang Baru, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak. 

Program ini kerjasama bersama Pertubuhan Usrah Prihatin Negeri Perak bagi membantu masyarakat orang asli pandai mengaji. Pendekatan yang digunakan ini dapat menarik minat anak-anak disekolah ini untuk terus belajar sehingga program selesai.

Alhamdulillah, melalui pengajaran Ustaz Zakaria semua pelajar di sekolah tersebut dapat menguasai huruf hijaiyah dengan baik dan mereka juga turut didedahkan dengan beberapa tarian tajwid bagi menguasai bacaan al-Quran bertajwid.

Jelas terpancar keceriaan diwajah para pelajar apabila kaedah yang digunakan mudah difahami oleh mereka dan pendekatan yang digunakan unik dan tidak membosankan. Selain daripada pengajaran al-quran, semua pelajar turut diberikan Buku Asas Al-Quran Kaedah Haraki bagi mengenal huruf dengan lebih mudah kerana terdapat latihan pengukuhan penguasaan huruf di dalam buku tersebut. 

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki