Skip to content

Kenapa Surah At-Taubah dibaca tanpa Basmallah?

Loading

Surah at-Taubah di turunkan di Madinah melainkan dua ayat yang terakhir diturunkan di Mekah. Surah ini mengandungi 130 ayat. Pada surah ini terdapat 2497 kalimah dan 10,887 huruf di dalamnya. Surah ini diturunkan semasa dan selepas perang Tabuk.

Sebab Surah Al-Taubah tidak dimulakan lafaz basmalah.

Sebab pertama: Terdapat riwayat daripada Saidina Usman RA, menyatakan bahawa surah al-Taubah tidak tertulis baginya lafaz Basmalah kerana surah ini merupakan kesinambungan daripada surah al-Baqarah oleh kerana itulah tidak ditulis di antaranya lafaz Basmalah. Begitu juga apa yang disebut oleh Said bin Jubair RA, menyatakan surah al-Taubah menyerupai surah al-Baqarah.

Sebab kedua: Imam Qurtubi menukilkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas RA ketika beliau bertanya kepada Saidina Ali RA berkenaan hal tidak ditulis lafaz Basmalah pada surah al-Taubah. Justeru Saidina Ali RA menyatakan bahawa lafaz Basmalah merupakan lafaz keamanan dan surah al-Taubah diturunkan kerana peperangan. Al-Mubarrid menyatakan bahawa tidak boleh dihimpunkan di antara keduanya (iaitu Basmalah dan Surah al-Taubah). Kerana Lafaz Basmalah merupakan rahmat dan Bara’ah di turunkan kerana kemarahan.

Sebab ketiga: Surah berkenaan merupakan penegasan terhadap pernyataan perang dan memutuskan perjanjian di antara Baginda Nabi Muhammad SAW dengan kaum Musyrikin. Oleh itu, Baginda Nabi SAW mengutuskan Saidina Ali RA membaca surah ini kepada kaum musyrikin tanpa memulakannya dengan lafaz Basmalah kerana kalimah basmalah sebenarnya merujuk kepada simbol perdamaian dan kasih sayang.

Hikmah penurunan Surah At-Taubah

  • Mengukuhkan keyakinan kepada orang beriman bahawa Allah SWT sentiasa menjaga dan melindungi mereka, di samping balasan baik yang dijanjikan ke atas ketaatan orang beriman kepada-NYA.
  • Menyedarkan orang beriman terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu menginfakkan sebahagian rezeki yang dianugerahkan kepada mereka.
  • Mendorong keimanan dan ketakwaan orang beriman kepada Allah SWT kerana surah itu menjelaskan sifat dan tingkatan darjat kaum muslimin di sisi-NYA.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki