Skip to content

Tips Tahan Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa

Loading

Sepanjang berpuasa di bulan Ramadan tubuh badan tidak mendapat makanan dan minuman lebih kurang 14 jam. Bagi sesetengah orang, menahan lapar ketika puasa terasa lebih mudah berbanding menahan dahaga. Apatah lagi rasa haus akan lebih mudah terasa jika banyak aktiviti dilakukan dari pagi sampai ke petang.

Jika anda salah seorang yang mengalami situasi itu, anda boleh cuba tips ini:

1. Amalkan makan kurma semasa berbuka dan sahur

Buah kurma kaya dengan serat dan nutrisi sebab buah ini dikeringkan sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakkan buah-buahan segar lain.

Malah, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting serta manfaat lain yang mungkin ramai tak tahu. Sebab itulah pengambilan kurma ketika berbuka dan sahur mampu memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan anda.

2. Kurangkan pengambilan garam

Semasa bersahur, elakkan pengambilan makanan yang terlalu masin sebab lauk-pauk yang masin akan membuatkan tubuh anda cepat berasa kering dan dahaga. Ini disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air yang lebih banyak untuk membasmi rasa masin tu.

Jadi, cuba elak makanan yang masin tau.

3. Ambil nasi dengan kuantiti yang berpada-pada​

Kebanyakan orang fikir, sekiranya makan dalam kuantiti yang banyak masa sahur, mesti boleh tahan lapar lebih lama. Ini salah ya.

Pengambilan nasi terutamanya haruslah berpada-pada untuk mudah dihadam. Oleh itu, corak pemakanan yang berbeza perlu dipraktikkan ketika berpuasa. Barulah boleh tahan lapar dan dahaga lebih daripada 12 jam.

4. Elak makanan pedas​

Pengambilan 8 gelas air putih setiap hari agak sukar ketika bulan Ramadan. Oleh itu, cuba ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka dan bersahur. Contohnya, strawberi dan epal hijau. Anda juga boleh ambil buah-buahan lain kerana setiap buah-buahan memiliki vitamin dan nutrisinya tersendiri.

5. Banyakkan makan buah-buahan masa sahur

Pengambilan 8 gelas air putih setiap hari agak sukar ketika bulan Ramadan. Oleh itu, cuba ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka dan bersahur. Contohnya, strawberi dan epal hijau. Anda juga boleh ambil buah-buahan lain kerana setiap buah-buahan memiliki vitamin dan nutrisinya tersendiri.

Puasa bukanlah alasan untuk bermalas-malasan dan tidak produktif. Jika dilakukan berasaskan tips berpuasa yang betul, anda boleh kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki