Skip to content

Bekalan Kita Ke Alam Kekal (Akhirat)

Loading

bekal akhirat

Dunia hanyalah tempat persinggahan buat manusia ‘mengutip’ seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat. Dunia merupakan ‘mazratul akhirat’ iaitu jambatan menuju ke akhirat. Setiap amalan manusia di atas muka bumi ini akan menentukan nasib di akhirat kelak.

Imam Al-Ghazali ada berpesan: “Ketahuilah dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana.”

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Ini termasuk menafkahkan harta di jalan Allah SWT, bersedekah, berinfak serta melaksanakan ibadat wajib.

1. Melaksanakan Solat Sunat Rawatib Ba’diyah dan Qabliyah

Solat sunat rawatib adalah merujuk kepada solat-solat sunat yang mengiringi dan mengikuti solat fardu, sama ada sebelum atau selepas solat fardu lima waktu.

Solat Rawatib ini terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. a) Solat sunat Qabliyyah (solat sunat sebelum solat fardu)
  2. b) Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat selepas solat fardu)

Jika berkesempatan, lakukan solat sunat ini. Hal ini kerana, Allah SWT telah berjanji mengharamkan neraka bagi mereka yang melaksanakannya. Daripada Ummu Habibah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan solat 4 rakaat sebelum Zuhur (Qabliyyah) dan 4 rakaat selepasnya (ba’diyyah), Allah SWT akan mengharamkan neraka baginya.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

2. Berpuasa

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar dan membantu memberatkan amalan di akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu yang bernama ar-Rayyan. Tidak diizinkan masuk melaluinya kecuali orang-orang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pahala puasa akan dihitung apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah SWT. Allah SWT membayarnya dengan pahala puasa dan hanya DIA sahaja yang maha mengetahui nilai tersebut. Perkara ini dinyatakan di dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuk-NYA, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKU, dan AKU-lah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan.”

“Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNYA). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada kasturi.” (Hadis Riwayat Tabrani)

3. Akhlak yang baik

Antara akhlak baik yang boleh kita amalkan ialah dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar, zuhud, qanaah, syukur, dan reda dengan takdir yang Allah SWT tentukan.

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Rasulullah pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah SWT dan akhlak yang mulia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki