Skip to content

3 Sebab Utama Anda Tak Suka Membaca Al-Quran

Loading

Ramai antara kita yang masih lagi tak kenal huruf dan masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Sebab paling utama kenapa ramai yang tidak suka membaca Al-Quran kerana mereka merasakan untuk mula membaca Al-Quran adalah satu perkara yang sangat sukar. Ini disebabkan oleh terlalu banyak hukum-hukum Tajwid yang perlu dihafal sedangkan terdapat beberapa kaedah yang MUDAH, CEPAT dan SANTAI untuk boleh membaca Al-Quran dengan lancar tanpa perlu menghafal ke semua hukum tajwid tersebut.

1. Merasakan Belajar Al-Quran Ini Sukar/Payah

Kebanyakan daripada kita tidak mengaji Al-Quran kerana merasakan mengaji adalah suatu yang susah yang memerlukan hafalan hukum tajwid sehingga menyebabkan mereka tidak boleh baca Al-Quran. Itu adalah fahaman yang sangat salah dan boleh merosakkan pemikiran serta mendorong kita untuk tidak minat mempelajari Al-Quran.

Sebenarnya nak belajar Al-Quran bukan semata-mata untuk kenal hukum tajwid baru boleh mengaji tetapi pada peringkat awal, kita perlu melatih diri untuk kenal huruf terlebih dahulu dan membaca tafsir Al-Quran sebelum ke peringkat seterusnya sehinggalah ke peringkat hukum tajwid.

2. Tak Ada Masa Nak Membaca Al-Quran

Allah SWT kurniakan 24 jam sehari kepada setiap makhluk di atas muka bumi ini tetapi masih ramai manusia yang sibuk dan tidak pandai membahagikan masa mereka sehingga memberikan alasan “saya tidak ada masa nak mengaji”. Astaghfirullah, semoga kita dijauhkan dalam golongan seperti ini.

Ketahuilah, untuk berjaya di dunia anda perlu mengutamakan Akhirat kerana pastinya, dunia akan mengikuti anda. Sekurang-kurangnya, jika tidak mampu untuk baca 2 muka surat sehari, 1 muka surat juga sudah memadai ataupun setengah muka surat yang penting kita ada kan waktu untuk kita mengaji dan membuka Al-Quran.

3. Tidak Tahu Ganjaran Dan Syafaat Membaca Al-Quran

Lumrah manusia inginkan ganjaran apabila membuat sesuatu perkara dalam kehidupan sehariannya dan sama juga apabila membaca Al-Quran, kita mahukan sesuatu ganjaran apabila membacanya. Soalan yang bermain di fikiran seseorang. 

“Apakah kebaikan yang akan diperolehi apabila membaca Al-Quran?”

Terdapat banyak ganjaran pahala yang sedang Allah SWT sediakan buat mereka yang membaca Al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan sehariannya.

Ganjaran pahala itu bersifat ghaib dan semuanya akan dapat semasa di Akhirat kelak walau sekecil-kecil perbuatan tetap juga dihitung. Seandainya, pahala itu dapat kita lihat dengan mata kasar, sudah pasti ramai manusia yang akan berebut-rebut untuk membuat amalan kebaikan khususnya membaca Al-Quran.

Kesimpulan

Kita hendaklah sentiasa merefleksi diri untuk terus istiqamah dalam membuat kebaikan. Sekiranya anda ingin berubah ke arah kebaikan, anda boleh bermula dengan mempelajari Al-Quran. Masih belum terlambat untuk gunakan kesempatan yang diberi oleh Allah SWT untuk berubah. Sesungguhnya, dunia kini terlalu banyak medium untuk kita belajar Al-Quran secara berbayar mahupun percuma. Tinggal kita sahaja yang perlu bergerak untuk mengubah diri sendiri.

Anda nak Ustaz dan Ustazah bimbing anda dengan kaedah yang sangat mudah & cepat sehingga anda pandai dan lancar baca Quran bertajwid ??

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki