Beberapa orang team haraki berpeluang untuk mengiringi Ustaz Zakaria dalam Kelas Al-Quran bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping Perak. Para peserta dari kalangan pelajar darjah 5 dan 6.
Kesemua pelajar yang menyertai program ini mempunyai masalah dalam pembacaan Al-Quran pada skala kritikal bermakna tidak kenal dan keliru dengan huruf hijaiyah. Sebanyak 40 orang pelajar merangkumi lelaki dan perempuan menyertai program ini.
Tertarik dengan telatah para pelajar yang pelbagai ragam. Biasanya kita akan skeptik dengan pelajar yang lemah Al-Quran ni. Kita anggap budak “nakal” bagi yang lemah Al-Quran ni. Jadi, budak-budak ni sudah semestinya kita rasakan mereka takkan minat nak belajar Al-Quran.
Namun, tanggapan tersebut jauh meleset kerana 90% kehadiran dapat dikekalkan. Rata-rata para pelajar sangat ceria dan seronok mengikuti kelas ini. Walaupun ada rombongan “ke tandas” berjemaah. Tetapi rombongan ini tidak tersekat di tengah jalan, malah kembali semula ke kelas dengan lebih bersemangat dan bertambah keterujaan.
Stigma masyarakat yang mengatakan belajar mengaji Al-Quran ni bosan dan sukar adalah jauh sekali tidak benar. Bahkan kelas mengaji akan menjadi lebih seronok dan menarik apabila pendekatan atau approaching yang diambil adalah betul.
Terdapat firman Allah swt dalam surah an-Nahl ayat 125 yang memperihalkan berkaitan approaching dakwah terhadap mad’u. Mari kita sama-sama hayati.
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
No comment yet, add your voice below!