Skip to content

5 Tips Mendidik Anak-anak Baca Al-Quran

Loading

Al-Quran ialah kitab suci yang perlu dicintai dan dibaca pada setiap hari. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan cara yang berkesan untuk belajar ilmu agama malahan perlu mengajar mereka membaca al-Quran dari kecil lagi. Jadi apa tindakan sebagai ibu bapa bagi memastikan anak-anak sentiasa membaca al-Quran?

Tips Pertama: Tunjukkan contoh yang terbaik membaca al-Quran bersama-sama.

Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak mereka dengan mengamalkan amalan membaca al-Quran di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, setiap kali lepas maghrib ibu bapa membaca beberapa muka surat dalam al-Quran bersama anak-anak. Melalui cara ini anak-anak dapat membiasakan diri dengan amalan yang baik dan dapat mengamalkannya.

Tips Kedua: Memperdengarkan surah-surah dalam al-Quran ketika anak sedang tidur.

Menurut satu kajian di luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi sedang tidur mampu meningkatkan kemampuan memori bayi tersebut. Oleh yang demikian kebanyakkan kanak-kanak yang mampu menghafal surah-surah pendek apabila usia mencecah umur tiga tahun disebabkan oleh ibubapa yang kerap memperdengarkan bacaan surah-surah al-Quran sejak masih bayi lagi. Oleh itu, pilihlah audio bacaan al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.

Tips Ketiga: Memainkan audio atau video surah-surah yang senang dihafal

Ibu bapa juga boleh memainkan audio atau video surah-surah dalam al-Quran ketika di rumah atau di dalam kereta. Kerap perdengarkan audio atau video surah-surah dalam al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah tersebut.

Tips Keempat: Gunakan kreativiti dengan menggunakan kad imbasan bergambar dan berwarna.

Ibu bapa perlu menggunakan kreativiti untuk menarik minat anak-anak terhadap al-Quran melalui kad imbasan kerana dengan cara ini membantu menarik minat anak-anak terutama yang berumur 3 tahun ke bawah. Anak-anak diusia setahun ke bawah dalam peringkat ingin meneroka sesuatu dan mula melakukan kerja sendiri serta kurang fokus terhadap ibubapa.

Oleh itu, ibu bapa perlu menarik perhatian mereka untuk lebih fokus dan minat terhadap sesuatu. Kad imbasan huruf-huruf hijaiyah salah satu cara yang mampu menarik perhatian anak-anak terhadap al-Quran apabila kad imbasan ini mempunyai warna yang ceria serta gambar yang menarik.

Tips Kelima: Cari kaedah yang sesuai yang mampu menarik minat anak-anak membaca al-Quran.

Ibu bapa perlu cari kaedah yang sesuai dengan peredaran masa kini berbanding cara lama yang sukar untuk menarik minat anak-anak membaca al-Quran disebabkan oleh pengaruh gadget.

Kaedah Haraki merupakan inovasi terkini yang menggunakan kaedah ‘Fun Learning’ dan ‘Active Learning’ yang melibatkan pergerakan seperti bercerita, melukis, menyanyi, menari dan karoake. Melalui cara ini kanak-kanak akan berasa seronok dan bersemangat untuk belajar mengaji dan sentiasa ingin baca al-Quran.

Semoga tips-tips ini memberi manfaat kepada anda yang bergelar ibu bapa untuk mendidik anak-anak membaca al-Quran.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki