Pernah mendengar ayat “Al-Hal Wal Murtahal”? Ayat ini merupakan potongan dari salah satu sabda Nabi Muhammad S.A.W ketika ditanya oleh seorang sahabatnya tentang amalan yang dicintai Allah S.W.T.
Dari Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W
“Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah S.W.T?”
Baginda menjawab, “Al-hal wal murtahal.”
Orang ini bertanya lagi, “Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Iaitu orang yang membaca al-Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Menurut hadis di atas, “al-hal wal murtahal adalah apabila seseorang itu membaca al-Quran dari awal sampai akhir (dari Surah Al-Fatihah hingga surah An-Naas atau dari juzuk 1 hingga juzuk 30) dan setelah khatam (tamat) beliau mengulang bacaan dari awal. Itu adalah amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T
Allah S.W.T sentiasa memberikan pahala yang luar biasa buat yang membaca al-Quran walaupun masih belum lancar bacaannya.
Bagaimana cara untuk menghilangkan rasa malas untuk membaca al-Quran?
Ada 3 cara yang boleh dilakukan agar terus bersemangat untuk membaca al-Quran seperti dibawah:
- Sering membaca dan memahami fadhilat membaca al-Quran
- Menghayati maksud ayat-ayat al-Quran dengan membaca terjemahan atau tafsir.
- Luangkan masa membaca beberapa ayat al-Quran walaupun sedikit tetapi berterusan.
Demikian penjelasan ringkas tentang pengertian “Al-Hal wal Murtahal”, sebagai salah satu amalan yang dicintai oleh Allah S.W.T. Semoga kita terus istiqamah berinteraksi dengan al-Quran setiap dengan membaca beberapa ayat dan memahami maksud ayat tersebut.
No comment yet, add your voice below!