Skip to content

Mana Mudah Belajar Mengaji Sendiri Atau Berguru?

Loading

Mesti tertanya-tanya, bagaimana cara belajar mengaji sendiri? Mana lebih mudah belajar sendiri atau berguru? Boleh ke cepat khatam belajar mengaji sendiri?

Jom lihat cara untuk belajar mengaji Al Quran sendiri.

Untuk belajar sendiri dirumah pastikan anda menepati kriteria berikut:

  1. Anda sudah mengenal huruf
  2. Tidak keliru dengan baris atas baris bawah
  3. Bacaan tidak merangkak-rangkak
  4. Bacaan sudah lancar

Jika tidak menepati kriteria seperti diatas, jangan sesekali untuk bertindak mengaji Al-Quran sendiri.

Ketika belajar mengaji, seseorang itu memerlukan guru untuk membimbing dan memperbetulkan kesalahan ketika membaca supaya segala kesalahan pembacaan ayat Al-Quran dapat ditangani sebelum menjadi kebiasaan. Mengaji Al-Quran tidak boleh sesuka hati mengikut kehendak sendiri. Lagi-lagi pula ianya merupakan ayat suci Al-Quran, kalam Allah SWT.

Banyak perbezaan yang boleh dilihat apabila belajar mengaji dengan berguru kerana cara bacaan guru sudah tentu sekali lebih baik dan secara langsung kesalahan bacaan dapat dibetulkan dan boleh mengelakkan kita dari mengulangi kesilapan bacaan yang sama.

Jangan sesekali malu jika masih lagi merangkak-rangkak dan tidak lancar dalam membaca Al-Quran. Tugas seorang guru ialah membimbing pelajarnya dan lama-kelamaan bacaan ayat Al-Quran akan menjadi lancar dan bertajwid sekiranya belajar bersama guru Al-Quran.

Jangan pernah timbul rasa malu sudah dewasa baru nak belajar mengaji Al-Quran. Jika tidak suka untuk belajar mengaji secara berkumpulan, boleh sahaja mengambil kelas mengaji secara persendirian atau belajar mengaji secara online kerana pilihan ditangan anda.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki