Sejuk hati mak ayah apabila melihat anak mengaji Al-Quran dengan lancar dalam usia bawah 10 tahun. Lagi seronok sekiranya anak yang dilatih mengaji tanpa menggunakan rotan apatah lagi paksaan. Merotan, memarahi dan menggunakan cara paksaan terhadap anak seusia 3 tahun untuk mengaji hanya akan membuat mereka hilang rasa ingin belajar mengaji.
Bukan mudah untuk menarik perhatian anak-anak lagi-lagi seawal usia 3 tahun. Tetapi, sebaiknya kita perlulah melentur buluh dari rebungnya. Apabila anak sudah menginjak usia dewasa nanti, tidaklah mereka terkial-kial untuk membaca ayat suci Al-Quran.
Buntu? Anak-anak dan pelajar dah darjah 5 tapi masih tak boleh mengaji apatah lagi khatam Al-Quran. Takkan nak biarkan mereka masih lagi tak boleh mengaji. Sebagai seorang guru dan ibubapa yang baik kita perlu sentiasa updgrade pengajaran kita kepada anak-anak dan pelajar agar kualiti pengajaran kita meningkat dan kecemerlangan dapat dicapai.
Sudah pasti bukan mudah untuk mengajar anak-anak dan pelajar mengaji Al-Quran meskipun kita sebagai guru dan ibubapa boleh mengaji dengan baik kerana kemahiran membaca Al-Quran dan kemahiran mengajar Al-Quran adalah dua perkara yang berbeza.
Pembelajaran yang berkesan berlaku apabila pelajar seronok untuk belajar mengaji. Cara dan gaya penyampaian memberi kesan keseronokan dan menarik perhatian anak-anak dan pelajar . Selain itu, perlulah bijak menggunakan laras bahasa yang mudah difahami anak-anak dan pelajar.
Persoalannya, adakah kita sebagai guru dan ibubapa mahu melihat anak-anak dan pelajar seronok belajar mengaji Al-Quran sehingga khatam? Adakah kita nak upgrade teknik pengajaran Al-Quran dengan cara yang mudah dan santai?
Interaksi dua hala antara guru dan pelajar dapat membuka suasana pembelajaran aktif seperti yang digunakan oleh Kaedah Haraki yang menggunakan kaedah pergerakan anggota badan atau bahasa akademiknya “Total Physical Response” (TPR).