Skip to content

Perisitiwa Hari Raya Korban

Loading

“Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan hari raya Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah iaitu di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah satu tanda bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpi tersebut Allah S.W.T telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menurut perintah ALLAH S.W.T itu, maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya seperti cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah ke badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam disarankan untuk menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Hari Raya Aidiladha juga seperti hari raya Aidilfitri, dimana orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan solat sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka.

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di seluruh negara.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki