Dengung tak dengung dalam bacaan Al-Quran merupakan perkara asas yang paling utama, kerana disinilah kerapnya berlaku kesalahan berulang ketika membaca Al-Quran. Punca utama kesalahan ini sering berulang adalah mungkin ada yang tahu nama hukum tetapi tidak tahu bentuk atau simbol di dalam Al-Quran.
Contoh sebutan huruf yang memerlukan dengung:
Memasukkan sebutan nun sakinah (نْ) atau tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) ke dalam huruf selepasnya ي و م ن dan dibaca secara idgham beserta dengung manakala huruf ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك dengan menyebut nun sakinah (نْ) dan tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) dengan cara bacaan antara izhar dengan idgham.
Tiga cara bacaan dengung:
- Mesti dengung 2 harakat
- Bunyi dengung keluar dari rongga hidung (khaisyum)
- Bersedia untuk sebut huruf selepasnya.
Menariknya dalam Kaedah Haraki, ada cara mudah untuk dengungkan bacaan Al-Quran adalah dengan menggunakan tarian silang.
Jom tengok cara mudah untuk dengungkan bacaan:
@kaedahharaki Jom belajar cara mudah untuk dengungkan bacaan #kaedahharaki #UstazMenari #mudahdansantai #mengajialquranonline #foryoupage ♬ bunyi asal - Belajar Mengaji Al-Quran
No comment yet, add your voice below!