Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Sebagai umat islam hendaklah mengetahui adab-adab ketika membaca Al-Quran sebelum membaca Al-Quran.
- Tempat yang bersih
Pilihlah lokasi yang tenang, bersih dan suci dari najis untuk anda mula membaca Al-Quran. Seterusnya, mulakan setiap bacaan dengan A’uzubillahiminash syaiton nir rajim, diikuti dengan Bismillahirahmannirrahim.
Bacaan ini dimulakan bersama agar Allah memberi pelindung dari gangguan syaitan yang di rejam ketika membaca Al-Quran dan bacaan Al-Quran tersebut diterima oleh Allah taala serta bacaan Al-Quran tersebut lancar dengan kehendaknya.
2. Berwuduk
Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan untuk berwuduk kerana Al-Quran bukanlah buku biasa kerana ianya kitab suci yang turun dari Allah. Maka pelbagai tertib perlu dijaga sebelum membaca kalimah-kalimah Allah ini
3. Doa terang hati
Sebelum memulakan bacaan Al-Quran, amalkan membaca doa terang hati Nabi Musa iaitu:
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” (Taha : 25-28)
4. Menutup aurat
Seterusnya, disunatkan untuk menutup aurat bagi menghormati kalimah suci yang sedang anda baca. Aurat bagi lelaki ialah dari pusat ke lutut manakala aurat bagi wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Pastikan juga pakaian suci dari hadas ketika membaca Al-Quran.
5. Khusyuk
Membaca Al-Quran perlulah dengan penuh tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Disunatkan juga untuk membaca Al-Quran dengan menggunakan suara yang merdu.
“Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil” (Al-Muzzammil : 4)
6. Menyimpan di tempat tinggi
Selesai membaca Al-Quran sebaiknya simpan dan letakkan Al-Quran di tempat yang tinggi agar tidak mudah dilangkah atau dirosakkan. Al-Quran kitab yang perlu dipelihara dan dijunjung dan sangat penting untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi dari buku-buku yang biasa ada.