Maksud Mimpi Buruk
Mimpi buruk adalah mimpi yang terjadi ketika tidur yang menyebabkan seseorang merasa cemas atau takut. Mimpi buruk menyebabkan seseorang itu terbangun dari tidur secara mengejut. Terkadang saat terbangun dari mimpi buruk, seseorang masih dapat merasakan perasaan yang tidak menyenangkan tersebut. Mimpi buruk boleh dialami oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Namun, keadaan ini sering dialami oleh kanak-kanak.
Gejala Mimpi Buruk
Pada dasarnya mimpi buruk dikenali oleh masyarakat sebagai “nightmare”, iaitu keadaan yang menimbulkan perasaan tidak selesa atau takut pada saat seseorang terbangun dari tidurnya. Seseorang yang mengalami mimpi buruk mungkin melihat, mendengar, atau merasakan hal-hal yang menakutkan dan mengerikan pada saat sedang tidur lena sehingga tidurnya menjadi tidak tenang.
Penyebab dan Faktor Risiko Mimpi Buruk
- Stress
Hampir semua orang pasti pernah mengalami stress atau tekanan. Keadaan ini muncul kebiasaanya disebabkan oleh masalah yang terjadi di rumah atau di tempat kerja. Namun, stress juga boleh muncul akibat perubahan besar yang terjadi dalam hidup. Sebagai contoh, kematian seseorang yang berharga dalam hidup memberikan kesan yang mendalam dalam hidup seseorang.
2. Gangguan mental
Mimpi buruk juga boleh terjadi disaat seseorang itu memiliki sakit gangguan mental seperti bipolar, depresi dan skizofrenia. Gangguan kesihatan mental ini boleh memberikan impak buruk pada hati, perasaan, stamina, selera makan, dan mengganggu pola tidur.
3. Kurang tidur
Perubahan jadual tidur yang menyebabkan waktu tidur tidak teratur atau berkurang boleh menyebabkan terjadinya mimpi buruk. Seseorang yang menderita sakit susah tidur iaitu insomnia lebih cenderung untuk mengalami mimpi buruk.
Cara Mengatasi Mimpi Buruk
- Tidur yang cukup
Penjagaan waktu tidur sangat penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mengelakkan daripada mengalami mimpi buruk. Oleh itu, individu yang mengalami mimpi buruk perlu mengatur waktu tidur mereka. Sekiranya seseorang itu susah tidur, cubalah untuk melakukan aktiviti yang dapat mempercepatkan proses mengantuk atau terapkan sleep hygiene. Salah satu cara dapat mempercepatkan waktu tidur menjadikan ruangan tidur yang selesa dan tenang.
2. Mengurus stress
Salah satu cara untuk mengurus stress adalah dengan berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai dan yang dapat memahami perasaan ketika itu. Berkongsilah perasaan yang dialami dengan mereka. Apabila berkongsi perasaan dengan orang lain, sedikit sebanyak perasaan yang dialami akan berasa lega dan dapat mengurangkan tekanan yang hadapi.
Doa Ketika Mimpi Buruk
اَللَّهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami
Ertinya: “ Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”.