Definisi Sunnah
Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan samada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun dari sudut istilah pula terbahagi kepada dua antara definisi ahli hadith dan juga ahli usul:
Di sisi ahli Hadith: “Sunnah adalah setiap yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah, sifat khalqiyyah dan kehidupan baginda SAW samada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi rasul”.
Di sisi ahli Usul: “Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Qur’an melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW”.
Orang yang dalam hidupnya mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia bangun tidur sampai tidur kembali, maka orang tersebut akan mendapatkan 4 keuntungan di dunia dan 4 keuntungan akhirat.
Keuntungan di dunia dan akhirat
4 keuntungan di dunia:
1. Disayangi orang di dunia
2. Ditakuti musuh / syaitan
3. Hidup akan diberkati
4. Agama tidak akan tercemar.
4 Keuntungan di Akhirat:
1. Dikubur dapat mengenal wajah Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW memberi syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah.
3. Rasulullah SAW mengenal kita di padang Mahsyar.
4. Bertetangga dengan Rasulullah SAW.