Skip to content

Adab dengan Ibubapa

Loading

Setiap satu yang terjadi dan dijadikan di atas muka bumi ini adalah atas kehendak Allah S.W.T. Begitu juga dengan asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang sangat baik kejadiannya bermula dari setitis air mani sehingga ditiupkan roh ke dalam jasadnya untuk bernyawa.

Manusia juga adalah khalifah di muka bumi ini dan dari situ ia berkembang dan beranak-pinak. Maka lahirlah generasi yang baru dari segenap lapisan zaman. Sebuah keluarga yang lengkap mempunyai ibu bapa serta anak-anak. Sebagaimana setiap manusia dituntut untuk menjaga hubungan baik dengan Allah SWT, setiap insan juga perlu menjaga hubungan baik di antara satu sama lain seperti hubungan di antara anak dengan kedua ibu bapanya.

Antara adab dengan ibubapa

  1. Mendoakan Kesejahteraan Ibu Bapa

Jasa ibu bapa kepada kita adalah ibarat antara daratan dan puncak sesebuah gunung. Jasa mereka tiada tandingan dan tidak mampu untuk dibalas meskipun anda telah menaburkan wang ringgit yang banyak kepada mereka.

Salah satu cara untuk kita membalas jasa dan menjaga adab terhadap ibubapa adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Selalulah berdoa atau meminta pertolongan daripada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa mereka dan memohon agar kesihatan serta  keselamatan keduanya berkekalan hinggga ke akhir hayat.

    2. Bertutur dengan sopan santun

Ibubapa nerupakan manusia yang membesarkan kita dan lebih berumur daripada kita. Sebagai anak, kita harus mempamerkan akhlak yang baik di hadapan mereka. Pertuturan antara anak dan ibubapa adalah penting bagi mencerminkan peribadi seseorang anak. Apabila bersama mereka, kita harus bertutur dengan nada yang rendah dan bersopan santun. Elakkan daripada  bercakap dalam nada yang tinggi kerana ia adalah sikap yang biadap.

  1. Taat suruhan ibubapa

Sebagai anak, kita perlu menuruti segala suruhan ibu bapa. Mungkin apa yang diperintahkan oleh mereka, kadangkala sukar untuk dilaksanakan atau tidak kena pada masanya. Contohnya pada ketika itu anda benar-benar keletihan.

Sebaiknya, turuti sahaja  permintaan atau  suruhan tersebut kerana ia merupakan salah satu platform atau cara untuk kita membalas jasa mereka. Sekiranya tidak mampu melakukannya, tolaklah secara baik dan jelaskan kepada mereka dengan nada yang rendah serta sopan tanpa melukai hatinya.

  1. Tunaikan Apa yang Dihajati

Semasa anda masih kecil, ibubapa sering menunaikan permintaan anda dari kecil sehingga dewasa. Kini, apabila kita sudah mempunyai kerjaya yang tetap, tibalah giliran kita untuk menunaikan apa yang ibubapa kita impikan. Cuba tanyakan kepada ibubapa anda, apa yang mereka hajati.

Sekiranya mampu, cubalah tunaikan segala kehendak mereka. Sekiranya tidak, usahakan setakat mana kita mampu. Kesungguhan yang ditunjukkan pasti akan membuatkan ibubapa kita tersenyum dan rasa disayangi.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki