Skip to content

Mudahnya Mengenal Huruf Hijayyah

Loading

Bagi umat Islam, membaca Al-Quran dengan betul adalah kewajipan. Dalam menunaikan solat, seorang Muslim harus membaca surat-surat pendek yang terdapat dalam Al-Quran. Untuk membaca Al-Quran dengan betul memerlukan latihan yang kerap untuk membiasakan membaca Al-Quran.

Membaca Al-Quran tidak boleh dilakukan dengan segera. Lebih-lebih lagi jika anda dewasa. Oleh itu, adalah penting bagi umat Islam untuk belajar membaca Al-Quran sejak usia remaja.

Membaca Al-Quran bukan hanya sebagai perintah Allah SWT, tetapi juga sebagai perkara wajib dilakukan untuk mendapatkan keberkatan dan pahala. Sebelum membaca Al-Quran, terlebih dahulu mempelajari huruf-huruf hijaiyah seperti huruf-huruf yang digunakan dalam Al-Quran.

Untuk dapat memahami isi kandungan Al-Quran suci, pertama sekali anda harus mengenal pasti apakah huruf-huruf hijaiyah dan cara membacanya dengan betul.

Usia tidak menjadi penghalang untuk menuntut ilmu apatah lagi apabila berkaitan agama kerana selagi ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

Ada yang berusia 60 tahun, ada pula dalam lingkungan 40-an dan ada yang masih muda remaja namun semuanya kelihatan tekun mempelajari setiap baris ayat al-Quran di bawah pemantauan dan didikan tenaga pengajar terlatih.

Walaupun ada di antara mereka sudah bergelar nenek dan datuk, selagi bernyawa, belum terlambat untuk merebut peluang belajar mengaji al-Quran.

Jangan kita mencari alasan untuk tidak belajar, lagi banyak kita berikan alasan lagi lambat kita mahir membaca al-Quran. Bagi anda yang mahu belajar al-Quran tapi masih lagi mencari kelas yang sesuai dan mengikut masa yang anda tetapkan, Kaedah Haraki mengeluarkan produk untuk mengenal huruf hijayyah dalam masa yang singkat dengan menggunakan Kaedah pergerakan.

Antara produk haraki keluarkan untuk mengenali huruf hijayyah adalah seperti berikut:

Flash Cards

  • Sesuai untuk mengajar kanak-kanak mengenal huruf hijayyah
  • Setiap kad mempunyai gambar untuk mengenal huruf hijayyah
  • Huruf hijayyah yang bersaiz besar
  • Dibelakang kad imbasan mempunyai gambar huruf konsonan

Buku Kisah Si Buncit

  • Membantu anda betulkan makhraj huruf hijayyah dengan hanya jalan cerita sahaja
  • Cara penyampaian menggunakan tarian untuk mudah menguasai al-Quran
  • Pembelajaran al-Quran secara aktif sesuai untuk abad ke-21

DVD Huruf Hijayyah

  • Boleh mengulang setiap video sehingga faham
  • Belajar mengikut topik yang anda mahu
  • Khas untuk anda yang malu untuk belajar di kelas. DVD ini amat sesuai untuk anda
  • Masa belajar mengikut masa anda

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki