Skip to content

Tips Untuk Keberkatan & Kejayaan Setiap Hari

Loading

Setiap insan sentiasa mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT. Dengan memperolehi ‘barakah’, seseorang itu akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Keberkatan bukanlah diukur dengan kejayaan yang dicapai di dunia semata-mata. Keberkatan ini merangkumi kejayaan di akhirat iaitu mendapat keredaan Allah SWT. Antara mendapat kejayaan di dunia dan akhirat dengan melakukan sedekah subuh.

Kenapa sedekah subuh?  Bukan bererti tidak boleh bersedekah di waktu lain.  Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah  terbaik. Kenapa? Kata Rasulullah SAW, setiap subuh Allah SWT turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”.

Sediakan satu tabung di rumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”.

“Ya Allah, dengan sedekah ini  aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku”.

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contohnya.

Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekah itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

Sumber : Normah Omar.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki