Skip to content

Senyum Itu Sedekah, Kenapa Kita Sering Abaikan ?

Loading

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa senyum itu merupakan salah satu sedekah. Senyum sahaja buat kita dapat pahala tetapi kita sering abaikan istimewanya senyuman yang kita miliki. Pada yang serba canggih ini, kadang-kadang kita terlupa untuk senyum kerana asyik leka bermain dengan gajet di tangan kita tanpa sedari orang yang berada di sekeliling kita. 

Pernahkah kita terfikir hanya dengan mengukir satu senyuman, ia mampu memberikan ketenangan serta kebahagiaan bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga orang lain selain dapat menyalurkan aura yang positif. Jika kita mempunyai masalah senyumlah agar kita tidak rasa terbeban dengan masalah yang terjadi. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

«تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ»

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” (Sahih, H.R. Tirmidzi no. 1956)

Diantaranya keutamaaan senyum adalah :

  1. Menyenangkan hati orang lain. Bukankah sesama makhluk harus selalu menghargai, menghormati dan menyenangkan hati. Salah satu caranya adalah dengan senyum dan mulakan hari kita dengan senyuman agar hari kita sentiasa bahagia.
  2. Mengeratkan sillaturarahim. Ketahuilah bahawasanya orang yang tidak murah senyum maka akan dijauhi orang lain. Di wajahnya ada raut kebencian dan amarah. Walaupun tidak demikian adanya, tapi pemikiran orang lain akan seperti itu.
  3. Mempunyai banyak kawan dan dikelilingi oleh orang baik. Sebenarnya apa yang anda tunjukkan, menunjukkan bagaimana orang lain memperlakukan anda. 

 

Jelas terdapat terlalu banyak kebaikan sehingga kita hanya dapat tersenyum di wajah kita. Sekiranya kita dapat tersenyum sambil mengambil gambar, apa kata dari hari ini kita akan menambah senyuman dalam kehidupan seharian kita. Sentiasa senyum, insyaallah hidup kita selalu bahagia.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki