Pergaulan bebas kini sudah menjadi hal yang sangat meresahkan di kalangan masyarakat terutama ibu bapa terhadap anak mereka. Dengan adanya kejadian tersebut, diwajibkan para ibu bapa mengawasi anak–anak secara ketat lagi. Biasanya kebanyakan orang tua hanya mengawasi anak saat berada di rumah saja.
Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara terperinci kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka musnah masa depan negara yang kita cintai ini.
Namun perlu diketahui bahawa semakin dewasa anak, maka harus lebih ditingkatkan lagi pengawasannya. Khususnya bila anak anda sudah mulai menyukai lawan jenis. Hal ini demi kebaikan anak–anak dan anda sebagai orang tua. Pastinya anda tidak mau dan jangan sampai anak–anak yang sudah dititipkan Allah SWT malah terlibat pergaulan bebas.
Oleh sebab itu, dalam pertemuan kali ini bertujuan agar kita semua dan keluarga dijauhkan dari dunia pergaulan bebas yang akan merugikan diri sendiri. Perlu adanya bimbingan dan juga pengawasan orang tua kepada anak–anak secara ketat setiap harinya.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pergaulan bebas di kalangan remaja sekolah :
1. Memilih Rakan
- Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
- Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
2. Elakkan Berpasangan
- Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta mengandung.
3. Penyediaan Jadual Waktu
- Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Tidak kira samada individu tersebut masih di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa pembahagian masa sangat membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting dan ketepikan perkara-perkara yang kurang penting.
- Secara tidak langsung remaja akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di hari persekolahan atau hari cuti, dan akhirnya mengeluarkan aktiviti yang tidak berfaedah daripada jadual waktu tersebut.
4. Kawalan Terhadap Media Sosial
- Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja.
- Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.
No comment yet, add your voice below!