Skip to content

Adab-Adab Menuntut Ilmu

Loading

Kita haruslah sedar bahawa ilmu itu adalah sumber segala yang kita ada sekarang, tidak kira ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu yang menerangi kehidupan kita seharusnya menjadi petunjuk untuk memperolehi kehidupan yang bahagia dan ilmu yang kita dapat itu diberkati oleh Allah SWT. Ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang itu juga memberikan manfaat jika disebarkan kepada orang lain. 

Dengan ilmu, seseorang mampu melakukan hal yang dianggap bermanfaat bagi dirinya dan orang lain melalui pengetahuan yang dimiliki. Manfaat ilmu tidak hanya dirasakan individu itu sahaja bahkan masyarakat sekitarnya akan mendapat manfaat dari ilmu yang dimiliki seseorang.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa yang oleh Allah SWT dikehendaki memperoleh kebaikan (serta menjadi orang baik), maka Allah SWT memberikan kepandaian kepadanya dalam agama.” –Diriwayatkan oleh Tirmidzi.

Diantara adab-adab yang sepatutnya diperhatikan ketika seseorang menuntut ilmu:

1.  Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu

Dalam menuntut ilmu kita hendaklah ikhlas kerana Allah SWT dan seseorang tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat jika dia tidak ikhlas kerana Allah SWT.

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ 

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.” (Al-Bayyinah: 5)

2.  Rajin berdoa kepada Allah SWT, memohon ilmu yang bermanfaat

Hendaklah setiap penuntut ilmu sentiasa memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah SWT dan memohon pertolongan kepada-Nya dalam mencari ilmu serta selalu rasa memerlukan-Nya.

Rasulallah SAW menganjurkan kita untuk selalu memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah SWT dan berlindung kepada-Nya dari ilmu yang tidak bermanfaat, kerana berapa banyak kaum Muslimin yang mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat, seperti mempelajari ilmu falsafah, ilmu kalam, ilmu hukum sekular, dan selainnya.

3.  Bersungguh-sungguh dalam belajar dan selalu merasa dahagakan ilmu

Dalam menuntut ilmu diperlukan kesungguhan. Tidak layak para penuntut ilmu bersikap malas dalam menuntutnya. Kita akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dengan izin Allah apabila kita bersungguh-sungguh dalam mencarinya.

Rasulullah SAW barsabda:

Dua orang rakus yang tidak pernah kenyang: iaitu (1) orang yang rakus terhadap ilmu dan tidak pernah kenyang dengannya dan (2) orang yang rakus terhadap dunia dan tidak pernah kenyang dengannya.” (HR. Al-Baihaqi)

4.  Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat dengan bertakwa kepada Allah SWT

Seseorang akan terhalang dari ilmu yang bermanfaat disebabkan banyak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya dosa dan maksiat dapat menghalangi ilmu yang bermanfaat, bahkan dapat mematikan hati, merosakkan kehidupan serta mengundang seksa dari Allah SWT.

5.  Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam menuntut ilmu

Sombong dan malu menyebabkan pelakunya tidak akan memperolehi ilmu selagi mana kedua sifat tersebut masih terdapat di dalam dirinya.

Imam Mujahid rahimahullah berkata:

لاَ يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْىٍ وَلاَ مُسْتَكْبِرٌ

“Dua orang yang tidak belajar ilmu: seorang pemalu dan seorang yang takbur.” (HR. Bukhari

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki