Skip to content

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Loading

Mendidik anak mengenal Pencipta dan mencintai al-Quran tidak mudah tambahan pula mereka baru usia mentah. Apatah lagi kini anak kecil mudah terbuai dengan gadjet sehingga membuatkan mereka lalai untuk belajar, mereka selalu utamakan gadjet dari belajar. Lebih menakutkan, ketagihan terhadap gadjet juga membahayakan diri kanak-kanak terbabit dari segi kesihatan walaupun kadangkala menonton saluran YouTube mendatangkan kebaikan, ia perlu dikawal agar anak-anak tidak ketagih.

Ibu bapa perlukan motivasi untuk mengajar sendiri anak mengaji. Motivasi tertinggi yang boleh dijadikan pegangan ialah maksud sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya, orang yang paling terbaik antara kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”

Ayat terbaik orang selalu katakan ialah pendidikan terbaik ialah melalui teladan. Di rumah, perlu wujud budaya al-Quran sehingga anak-anak bermula bayi sudah terbiasa melihat al-Quran dan mendengar bacaannya.

Tanam dalam diri bahawa mengaji al-Quran adalah kepentingan dalam kehidupan. Insya-Allah, sampai satu tahap mereka jadi berminat untuk belajar mengaji kerana pendedahan awal yang sangat positif.

Selain itu, tetapkan masa yang sesuai dalam sehari sebagai rutin mengaji bagi anak-anak di rumah, ini adalah cara nak disiplin kan rutin harian. Lagi menarik beri penghargaan kepada anak yang ada peningkatan dari segi bacaan. Anak-anak akan lebih gembira dan bersemangat untuk belajar, seeloknya kita rekod perkembangan bacaan anak-anak supaya kita dapat memantau prestasi.

Jika anak-anak lemah atau kurang beri perhatian ketika mengaji, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting, sediakan bahan bantu mengajar. Banyak pilihan bahan bantu mengajar mengaji al-Quran di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang betul dan keperluan.

Akhir sekali, ibu bapa haruslah berdoa untuk anak-anak. Yakin lah, doa seorang ibu itu sangat dahsyat. Maka, teruslah berdoa dengan yakin suatu hari nanti anak itu bukan sahaja mampu mengaji al-Quran dengan baik tetapi juga menjadi Pencinta Al-Quran yang baik akhlaknya. Tiada daya kekuatan melainkan segalanya terjadi dengan izin Allah. Sesungguhnya, Allah menilai usaha.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki