Mengikut kajian ringkas mendapati masyarakat kita ramai yang sederhana dalam bacaan al-Quran, kedua adalah orang yang tidak boleh membaca al-Quran lansung dan yang paling sedikit dalam golongan kita adalah orang yang mahir dalam bacaan al-Quran. Pernah kita terfikir bagaimana kita yang sederhana dalam bacaan al-Quran mahu mengajar orang lain baca al-Quran sehingga bertajwid ?
Sekarang ini ramai yang tidak hadir ke kelas atas sebab malu dan sibuk untuk hadir ke kelas. Mungkin mereka yang tidak pernah hadir ke kelas harian atau di masjid/surau atas sebab mereka mahu mereka belajar secara online. Sekarang ini kita berada pada norma yang baharu, semua hanya berada di hujung jari, contohnya jika kita lapar hanya pesan makanan sahaja atas talian tanpa perlu ke kedai makan.
Kita perlu fikir bagaimana kita mahu bantu masyarakat yang ada masalah tajwid. Anda mesti ada kawan karib yang ada masa anda susah dan senang. Kawan karib ini berbeza dengan kawan biasa sebab kawan karib ini selalunya tidak ramai. Cuba kita kaitkan belajar al-Quran bertajwid dengan kawan karib.
Mengikut kajian sekarang ini ramai masyarakat kita yang lebih suka belajar al-Quran secara online. Kelas online ini akan memudahkan urusan dan menjimatkan kos jika mahu belajar dan guru al-Quran sekarang ramai juga yang mengajar secara online. Kaedah Haraki juga mengadakan kelas online yang khas untuk pelajar yang mahu belajar dari asas dan tajwid.
Jika kita ada kawan karib yang masih merangkak untuk membaca al-Quran, kita ajak sekali mereka untuk bersama-sama kita sekali belajar. Tidak semestinya kawan karib, ahli keluarga kita juga perlu belajar al-Quran sehingga mahir. Guna kawan ini untuk bersama-sama buat kebaikan dan beribadat kepada Allah SWT.
No comment yet, add your voice below!