Setiap orang jika ditimpa masalah atau kesusahan, tidak semua orang akan redha setiap apa yang berlaku. Tambah pula bila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam diri, terlalu susah untuk kita redha. Kita perlu menerima dengan sepenuh hati setiap ketentuan dari Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi semua larangan-Nya.
Redha ini apabila hati kita terima dengan tenang tanpa ada rasa kecewa, Allah SWT uji kita kerana tahu setiap kemampuan hamba-Nya. Apabila kita redha kita akan lebih dekat lagi dengan Allah SWT. Setiap orang yang mukmin akan faham kenapa perkara yang kita mahukan Allah SWT tidak tunaikan.
Bak kata pepatah “selepas hujan mesti akan ada pelangi”, begitu juga dengan kehidupan jika sekarang kita bersedih nescaya suatu hari nanti Allah SWT beri sesuatu yang kita tidak jangka.
Pada masa yang sama, kita perlulah bersyukur kerana ada baiknya Allah SWT tarik nikmat yang kita ada untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT daripada dunia.
FirmanNya :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Sebagai seorang mukmin sebelum kita redha, kita perlu berusaha dengan segala kemampuan dan kudrat yang kita ada. Kalau kita menghadapi masalah maka hendaklah berhubungan dengan Allah SWT dengan melakukan solat supaya hati kita memilih yang lebih baik. Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, kita perlu menerima ketentuan itu dengan sikap yang redha.
Allah SWT sayangkan kita dan dengan ujian yang diberikan, hadirnya perasaan bergantung harap pada-Nya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati kita agar redha dengan keperitan hidup yang menusuk jiwa raga. Jika kita selalu redha dengan setiap berlaku, hati kita akan sentiasa tenang. Penawar penyakit tidak redha ini adalah kembali pada Allah SWT. Kita jaga solat, Allah SWT jaga kita.
Sekiranya rasa cinta kepada Allah SWT melebihi segala-galanya maka segala ujian sedikit tidak akan menggugat keimanan kita. Maka untuk menjaga iman, kita sentiasa berdoa agar ditetapkan iman dan dijauhkan daripada godaan syaitan.
Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagian daripada dosanya.”
(Hadis daripada Abu Said Al- Khudri dan Abu Hurairah)
No comment yet, add your voice below!