Skip to content

Semakin Berumur, Semakin Mudah Lupa

Loading

Kita ini semakin hari usia semakin meningkat, malah bukan usia meningkat daya ingatan kita semakin berkurang mudah kata sering lupa. Tambah pula dalam bab mengaji kita mudah lupa, walaupun sudah mengaji dari kecil lagi tetap kita lupa cara mahu baca al-Quran dengan bertajwid dan sebutan yang baik. Contoh dalam belajar al-Quran, kita sering lupa sebutan huruf hijayyah dan baris huruf. Mereka ini tahu sebenarnya huruf itu tetapi lupa cara sebutnya,

Kita lihat punca pelajar kita lupa huruf atau cara sebutan huruf makhraj, jika mereka lupa jangan marah sebab lupa ini bukan sengaja yang mana kita sebagai guru juga kadang lupa hukum tajwid. Mereka ini lupa sebab huruf hijayyah seakan sama hanya bezanya titik sahaja dan bila huruf itu bersambung akan berubah bila berada di kedudukan yang lain contoh tengah, mula dan akhir.

Dalam belajar al-Quran pula, kita sering menghafal huruf sahaja tanpa tahu mana satu huruf itu. Terlalu banyak nama hukum sampai kita lupa setiap nama hukum itu sebab setiap istilah dalam bahasa arab. Jika kita nak atasi masalah kita perlu tahu punca itu dahulu baru kita boleh atasi.

Antara penyebab kita menjadi lupa ialah umur lebih dari 65 tahun. Usia tua akan mengurangkan pelbagai fungsi badan, termasuk otak, menyebabkan penurunan fungsi ingatan. Malah beberapa orang tua yang menderita beberapa penyakit juga akan meningkatkan keperitan.

Sebagai umat Islam yang sentiasa berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita perlu melatih diri untuk bersahabat dengan al-quran. Jadikan Al-Quran sebagai teman kerana Al-Quran adalah sebuah buku yang lengkap untuk panduan hidup kita. Membaca al-Quran akan menjadikan seseorang tenang di samping dapat berfikir dengan baik dan mengatasi sifat lupa.

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya:

“dan ingatlah kepada Tuhamu jika kamu lupa” (QS. AL-Kahfi: 24).

“hai orang orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang” (QS. AL-Ahzab: 41-42).

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki