Kaedah Haraki telah di cipta pada Mac 2013. Ia bermula apabila Haji Zakaria Nasirudin cuba mengajar dua orang pelajarnya di IPG Kampus Ipoh Perak yang baru memeluk agama Islam membaca al-Quran. Tanpa diduga kaedah dan teknik yang digunakan telah berjaya membantu dua pelajarnya membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa lebih kurang 8 jam. Kemudian beliau telah diminta untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat negeri Perak sempena sambutan Hari Guru JPN Perak 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya meraih pingat emas.
Daripada kemenangan tersebut beliau telah menyertai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa dan telah memperolehi Anugerah Emas dalam pertandingan-pertandingan tersebut.
Pertandingan yang telah disertai adalah seperti yang berikut:
i. International Exposition on Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design (ISCIID 2016)
ii. Asia Leading Invention Exhibition (ITEX 2015)
iii. Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-kanak (iCON2013)
iv. Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa
v. (Edu-InERI 2013)
vi. Guru Inovatif JPN Perak 2013
i. Finalis Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015.
ii. Guru Inovatif JPN Perak 2013
Beliau telah membentang kertas kerja di beberapa Persidangan di Institiut Pengajian Tinggi antaranya ialah:
i. Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 UKM 19-20/6/2013
ii. International Conference on Tajdid in the Quranic Studies di Universiti Malaya 2014
Kejayaan yang diraih ini adalah hasil kegigihan beliau menyelidik dan mengkaji kaedah-kaedah sedia ada dan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru-guru al-Quran di sekolah, pondok, masjid dan sebagainya.
Sekarang beliau aktif berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau untuk membantu lebih ramai umat Islam celik al-Quran di kalangan umat Islam di dunia ini dengan menggunakan kaedah yang mudah, cepat dan menarik ini.
Berita mengenai Kaedah Haraki
Ini merupakan satu inovasi baharu yang sesuai untuk zaman sekarang sebagai satu strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.
No comment yet, add your voice below!