Skip to content

5 Tips Berpuasa Mengikut Gaya Rasulullah S.A.W

Loading

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan, bersyukur kita masih di berikan peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Bulan Ramadhan ini kita perbanyakkan amal ibadat agar kita tergolong dalam kalangan orang mukmin. 

Ini bermakna Allah SWT masih sayang kepada hamba-Nya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita manfaatkan peluang yang diberikan, andai ini Ramadhan terakhir…………..

Saya nak berikan tips cara berpuasa mengikut gaya Rasulullah SAW agar kita memperoleh pahala sepanjang bulan Ramadhan ini : 

1. Bersahur untuk menahan lapar di siang hari

 

Rasulullah SAW menyuruh kita untuk bersahur sebelum kita menahan diri dari makan dan minum di siang hari. Bagaimana Rasulullah SAW bersahur?

Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam untuk kita mengelak daripada bangun awal pagi tetapi ia dilakukan di awal pagi iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh.

Bersahur juga memberi tenaga untuk kita menghabiskan hari siang dengan berpuasa.

Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,

السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”

2. Mempercepatkan untuk berbuka puasa

Rasullullah SAW mengajar kita untuk mempercepatkan berbuka puasa kerana perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.(al-Bukhari & Muslim)

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Kita selalu memandang perkara ini dengan remeh.

Jika kita lihat ramai masyarakat kita yang sering melewatkan untuk berbuka puasa, ada yang masih berjalan di bazaar untuk mencari makanan walaupun masa itu sudah boleh berbuka puasa dan penjual pula masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah SAW untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya.

3. Berbuka puasa dengan beberapa biji kurma

Rasulullah SAW mengajar kita apabila berbuka puasa kita mulakan dengan makan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa.

Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Jika terlalu kenyang kita akan rasa malas untuk mendirikan solat.

Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. 

Ini adalah sunnah Rasulullah SAW

Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib.

Apabila Rasulullah SAW terasa lapar, Rasulullah SAW makan selepas baginda solat.

4. Memberikan makanan kepada mereka yang berpuasa

Antara amalan di tinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk meningkatkan amalan puasa kita dengan cara menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa.

Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah SAW

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya (Tirmidzi dan Ibn Maja

Adalah sunnah untuk mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa.

5. Berdoa ketika berbuka puasa

Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab.

Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah SAW bersabda: 

 Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi.
(Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Rasulullah SAW juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa.

Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadis ini sebagai hasan :

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى

Bermaksud: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki