Skip to content

3 Sebab Anda Tak Boleh Tangguh Mengaji!

Loading

BELAJAR mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.

 

“Kesiannya… Dah Berumur, Tapi Nak Baca Quran pun Tak Pandai Lagi..”

 

“Menyesal sangat! Umur dah 50-60 tahun, baru sedar yang diri ni terlalu jauh dari Al-Quran..”

 

Itulah yang dirasakan oleh segelintir golongan dewasa yang masih tak mampu nak mengaji Quran dengan lancar dan betul.. Perasaan malu pun menyelubungi diri..

Kemudian, terdetik nak belajar mengaji, tapi 3 halangan ini menyebabkan hati rasa berat nak teruskan hasrat..

Jom scroll ke bawah untuk ketahui 3 Sebab Anda Tak Boleh Tangguh untuk Mengaji!

1. Ajal Bila-bila Masa

SETIAP makhluk yang bernyawa di alam yang fana ini pasti akan menemui ajal yang ditentukan Allah di dalam catatan Loh Mahfuz-Nya. Begitu juga dengan manusia yang ditaklifkan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini pun tidak dapat lari daripada ketentuan Ilahi itu. Di mana dan bila-bila masa, ajal kematian pasti akan menjemput setiap insan tanpa diundang, walaupun dia cuba bersembunyi atau melarikan diri ke dalam benteng yang tinggi nan kukuh.

Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW ada memberikan panduan berguna kepada umatnya yang dikasihi melalui hadisnya sebagai satu pedoman kepada setiap Muslim untuk menbuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam baqa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: 

“Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah pahala segala amalannya melainkan pahala tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian iaitu amalan sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang salih kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Peneman Dalam Kubur

Al-Qur’an akan menemani kita saat di alam kubur. Ada empat amalan yang dapat menerangi kuburan kita dan terhindar dari siksa kubur. Sebagaimana yang disebutkan oleh Abul-Laits dalam kitabnya Tanbihul Ghofilin. Beliau berkata, “Siapa yang ingin selamat dari siksa kubur maka harus menjaga empat dan meninggalkan empat.”

Ada empat amalan yang harus dijaga adalah menjaga solat lima waktu, memperbanyak sedekah, banyak membaca Al-Quran, dan banyakkan bertasbih. Empat hal inilah yang dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. 

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia.  Allah telah menjanjikan Al -Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikanlah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di akhirat.

3. Impian Akhirat Bahagia

Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:

‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Al-Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)

Al-Quran adalah sumber pahala yang sangat besar dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Di padang mahsyar kelak, semua manusia akan merasai kepanasan dan tiada siapa yang akan dapat membantu.

Hanya orang-orang terpilih sahaja yang akan mendapat teduhan Allah SWT. Mereka adalah golongan terpilih kerana ketika hayatnya sentiasa mendampingi al-Quran.

Nak baiki bacaan Quran dengan Mudah tanpa perlu keluar rumah ? Jom sertai Kelas Online Haraki dan anda akan dibimbing satu per satu oleh ustaz/ustazah profesional Kaedah Haraki!

Tekan link di bawah (Kelas Online Haraki) untuk dapatkan info segera!

 

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki